TERKINI


Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia - Piala Perdana 2011 akan berlangsung pada 30 April, 1 Mei 2011 di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya.



www.futsalputeri.blogspot.com

Thursday 17 March 2011

Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011, Tawar Hadiah Menarik

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, di bawah penyelarasan Biro Sukan dan Kecergasan, akan menganjurkan kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011.

Pengerusi biro tersebut, Isfarina Mohd Bali berkata, kejohanan ini merupakan satu medium untuk menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Ianya juga dilihat sebagai satu inisiatif untuk mendampingi golongan wanita muda hingga ke peringat akar umbi.

“Objektif kejohanan ini adalah menerapkan budaya hidup sihat sekaligus menambah bilangan pengundi di kalangan wanita. Saya berharap, kejohanan ini akan mendapat sambutan yang baik dan boleh dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 30 April, 1 dan 2 Mei akan datang ini akan diadakan di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya.

Ianya terbuka kepada seluruh wanita warganegara Malaysia berusia 15 hingga 35 tahun.

Setiap pasukan boleh diwakili seramai 10 orang termasuk jurulatih dan pengurus.

Juara pertandingan bakal memenangi wang tunai RM8,000 berserta piala dan medal. Naib juara, wang tunai RM5,000 berserta medal. Tempat ketiga, wang tunai RM3,000 berserta medal.

Tempat keempat, wang tunai RM1,000 berserta medal. Tempat kelima hingga kelapan akan menerima saguhati wang tunai berjumlah RM500 dan tempat kesembilan hingga ke16, wang tunai RM300. – MediaUMNO

Borang dan syarat-syarat penyertaan boleh diperolehi melalui blog futsalputeri.blogspot.com atau menghubungi urusetia kejohanan di talian 03-4041 3900.

Majlis Pra Pelancaran Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011, Sports Planet Ampang, - 17 Mac 2011











Wednesday 16 March 2011

Borang Pendaftaran Kejohanan Futsal Wanita Terbuka Piala Perdana 2011


(Tarikh Tutup Penyertaan: 21 April 2011)

Muat Turun Borang Penyertaan Sekarang !!
Klik pada foto borang

Undang-undang Dan Syarat Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011


UNDANG-UNDANG DAN SYARAT
KEJOHANAN FUTSAL WANITA TERBUKA
1 MALAYSIA PIALA PERDANA 2011


1.   UNDANG–UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang–undang Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang termaktub pada masa kini.

2.   PERATURAN KEJOHANAN

2.1        PENGENALAN

2.1.1    Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN FUTSAL WANITA TERBUKA 1 MALAYSIA PIALA PERDANA 2011 dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

2.1.2    Keseluruhan pertandingan ini akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan akan diketuai oleh seorang Ketua Pengadil.

2.2        TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1    Kejohanan ini akan diadakan pada 30hb. April, 1hb. Mei dan 2hb. Mei 2011 bertempat di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya.

2.2.2    Taklimat dan undian akan dijalan pada 29hb April 2011 bertempat di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya pada jam 8.00 malam. Sila bawa bersama resit pembayaran sebagai bukti penyertaan.

2.2.3    Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pasukan sekiranya tiada wakil yang hadir.



2.3        FORMAT PERTANDINGAN

2.3.1    Pertandingan akan dijalakan secara liga satu (1) pusingan di peringkat awal dan kalah singkir (kalah mati) di peringkat seterusnya.

2.3.2    Masa perlawanan adalah selama sebelas (11) minit iaitu lima (5) minit pada setiap separuh masa termasuk satu (1) minit masa rehat di pusingan awal (liga). Masa perlawanan bagi peringkat kalah singkir pula ialah lima belas (15) minit iaitu tujuh (7) minit setiap separuh masa dan satu (1) minit masa rehat.

2.3.3    Bagi perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir, masa perlawanan adalah selama dua puluh satu (21) minit iaitu sepuluh (10) setiap separuh masa dan satu (1) minit masa rehat.

2.3.4    Kaedah penentuan kedudukan dalam kumpulan ialah melalui perbezaan mata dan sekiranya kedudukan terikat maka pihak penganjur akan mengambil kira perbezaan gol (PG),jaringan (J) dan bolos (B). Pemberian mata pula adalah seperti berikut :
i.             Menang    3 mata
ii.           Seri         1 mata
iii.         Kalah       0 mata

2.3.5    Sekiranya berlaku keputusan seri di peringkat pusingan kalah singkir, pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti sebanyak tiga (3) kali dan sekiranya tiada pemenang, sepakan penalti “suddent death” akan dijalankan sehingga ada keputusan (pemenang).

2.4        KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1    Pertandingan adalah untuk kategori WANITA warganegara sahaja dan terbuka kepada semua pasukan di seluruh Malaysia (tertakluk kepada syarat penyertaan).

2.4.2    Syarat umur penyertaan pemain adalah 15 hingga 35 tahun (lahir pada tahun 1976 hingga 1996).

2.5        SYARAT PENYERTAAN

2.5.1    Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sepuluh (10) orang pemain termasuk jurulatih dan pengurus pasukan.

2.5.2    Hanya DUA (2) ORANG sahaja pemain yang pernah mewakili negara dan negeri bagi pertandingan peringkat Kebangsaan (Felda / FAM) dari tahun 2008 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan.

2.5.3    Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

2.5.4    Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan seperti berikut:
·      Ahli Puteri                -        RM 100.00 (tanpa penginapan)
·      Ahli Puteri                -        RM 250.00 (dengan penginapan)
·      Bukan Ahli Puteri      -        RM 200.00 (tanpa penginapan)
·      Bukan Ahli Puteri      -        RM 350.00 (dengan penginapan)

2.5.5    Setiap penyertaan perlu disertakan salinan kad pengenalan bagi setiap pemain (saiz A4).

2.5.6    Sekiranya penganjur mendapati mana–mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

2.5.7    Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu–satu perkara adalah muktamad.

3.   SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

3.1         Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2         Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3         Tempoh masa menunggu adalah selama lima (5) minit daripada masa yang dijadualkan dan mana–mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut :

3.3.1    Pasukan lawan mendapat kemenangan dengan jaringan 3 – 0.

3.4         Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5         Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata.

3.6         Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil lima belas (15) minit sebelum pertandingan.

3.7         Hanya pemain–pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.8         Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) tidak lewat dari tiga puluh (30) minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.9         Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal Pertandingan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.10      Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.11      Wang cagaran akan hilang (tidak dikembalikan) dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan tersebut ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.12      Syarat–syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan–pasukan yang akan bertanding.

3.13      Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.   HADIAH PERTANDINGAN

4.1         Hadiah–hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat dan sehingga ke tempat Keenam Belas.

4.2         Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :


JOHAN
RM 8,000.00 + PIALA + MEDAL

NAIB JOHAN
RM 5,000.00 + MEDAL

KETIGA
RM 3,000.00 + MEDAL

KEEMPAT
RM 1,000.00 + MEDAL

KELIMA  - KELAPAN
RM 500.00

KESEMBILAN – KEENAM BELAS
RM 300.00



SYARAT TAMBAHAN DARIPADA PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) BAGI KEJOHANAN FUTSAL WANITA TERBUKA 1 MALAYSIA

PIALA PERDANA 2011

PERKARA 1 : TAKRIF / TAFSIRAN


1.
TAFSIRAN



Selaras dengan tafsiran Perlembagaan Persatuan Bolasepak Malaysia, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, maka bagi maksud pemakaian Peraturan Peraturan Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011 akan mengguna pakai tafsiran-tafsiran berikut:-


1.1
"Persatuan atau FAM" bermakna Persatuan Bolasepak Malaysia.


1.2
"Pengarah Pertandingan atau PP” bermakna Pegawai Teknikal yang dilantik oleh FAM yang bertanggungjawab dalam aspek-aspek pengelolaan teknikal dalam Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011.


1.3
"Peraturan" bermakna Peraturan Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011 dan termasuklah juga Peraturan Persatuan.


1.4
“Pertandingan atau KFW 2011” bermakna Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011.


1.5
‘JKP atau Jawatankuasa Pengelola” bermakna Penganjur yang akan bertanggungjawab mengelola semua perkara-perkara bukan teknikal dalam Kejohanan ini.


1.6
"Pasukan" bermakna Pasukan PBN, Daerah, Kelab atau Kelab Jemputan yang disahkan penyertaannya di dalam Pertandingan oleh JKP.

           
1.7
“Pegawai” bermakna Pegawai Pertandingan dan Pegawai Pasukan.


1.8
"Pegawai Pertandingan" bermakna Pegawai Pertandingan yang dilantik oleh FAM bagi mengelolakan perlawanan KFW 2011.


1.9
“Pegawai Pasukan” bermakna mana-mana Pegawai mewakili Pasukan yang telah disahkan pendaftarannya untuk menyertai Pertandingan oleh JKP.


1.10
“Pemain” bermakna mana-mana Pemain Futsal warganegara Malaysia atau tempatan yang mempunyai status Amatur atau Professional mewakili Pasukan yang disahkan pendaftarannya untuk menyertai Pertandingan.


1.11
"OTP" bermakna Organisasi Teknikal Perlawanan iaitu garis panduan yang dikeluarkan oleh FAM dan perlu dipatuhi bagi mengelolakan semua perlawanan Pertandingan.
1.12
“Undang-undang” bermakna Undang-undang Kerajaan Malaysia dan Undang-undang Permainan Futsal yang disiarkan oleh FIFA semasa yang mempunyai kaitan dengan pengelolaan dan pengurusan Pertandingan.


1.13
“Pendaftaran Perlawanan / Start List” bermakna sejumlah Pemain yang layak bermain didaftarkan di dalam borang-borang tertentu yang dikeluarkan oleh FAM untuk bermain di dalam satu-satu perlawanan Futsal.


1.14
“Pemain dan Pegawai tidak layak” bermakna mana-mana Pemain dan Pegawai yang tidak disahkan pendaftarannya oleh JKP atau masih menjalani hukuman tatatertib FAM.


1.15
“PTR” bermakna Pasukan Tuan Rumah yang mana disebut dahulu dalam jadual pertandingan.


1.16
“PL” bermakna Pasukan Pelawat yang mana disebut sebagai Pasukan kedua dalam jadual pertandingan.


PERKARA 2 : PEMATUHAN PERATURAN


2.1
Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua Undang-undang dan Peraturan Pertandingan mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan Pertandingan adalah menjadi tanggungjawab dan tertanggungjawab ke atas Pasukan, Pegawai dan Pemain.


2.2
Mana-mana Pasukan, Pegawai atau Pemain yang mengingkari mana-mana Perkara di dalam Peraturan boleh dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan seperti berikut:-


i.
Amaran atau amaran keras;


ii.
Pasukan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pasukan yang satu lagi dengan 3 mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat.


iii.

Pasukan terkeluar daripada Pertandingan dan semua perlawanan terdahulu tidak dikira.


iv.
Memotong mata perlawanan Pasukan;

v.
Penggantungan Pasukan untuk beberapa perlawanan atau musim atau musim-musim berikutnya;




vi.
Pasukan, Pegawai dan Pemain mestilah memulangkan balik Piala, medal atau hadiah wang tunai yang telah diterima. Wang tunai hendaklah dipulangkan sepenuhnya mengikut jumlah yang diterima;


vii.
Pendaftaran Pemain atau Pegawai terbatal serta merta dan dengan demikian semua perlawanan yang disertai oleh Pemain ini dikira kalah dengan jaringan 0-3 atau mengikut jaringan sebenar jika ianya lebih.




viii.
Apa-apa tindakan atau tindakan-tindakan lain yang difikirkan perlu dan patut   oleh JKP/PP.




x.
Mencadangkan hukuman-hukuman lanjut kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM.




PERKARA 3: NAMA DAN PIALA





Pertandingan  dan Piala adalah seperti berikut :




3.1
Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011.




PERKARA 4 : PERATURAN TEKNIKAL




4.1.
PENYERTAAN




4.1.1
Semua Pasukan yang menyertai Pertandingan hendaklah mengemukakan borang penyertaan kepada Urusetia JKP pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan.




4.1.2
JKP akan mengesahkan penyertaan Pasukan atau menetapkan mana-mana Pasukan selepas tarikh tutup penyertaan berasaskan kepada sebab teknikal.




4.2.
UNDANG-UNDANG PERMAINAN








4.2.1
Undang-undang permainan adalah mengikut Undang-undang Permainan Futsal yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan dan disiarkan oleh FIFA dengan pengecualian seperti berikut :

Undang-undang 2 :
Bola adalah seperti yang diluluskan oleh FAM mengikut Undang-undang 2.




4.2.2
Undang-undang 3 :
Bilangan maksimum penggantian pemain ialah 3 orang.




4.2.3
Undang-undang 8 :
Jangka masa permainan ialah 5 + 1 + 5 tanpa pemberhentian masa. Perlawanan separuh masa kedua bermula sebaik sahaja Penjaga Gol mengambil tempat masing-masing.




4.3.
MASA PERMAINAN




4.3.1
Tiada masa tambahan dalam Pertandingan ini.

4.4.
FORMAT PERTANDINGAN




4.4.1
Format Pertandingan akan ditetapkan oleh JKP/PP bergantung kepada jumlah pasukan dan ianya tidak boleh dipinda.




4.4.2
Perlawanan akan dijalankan secara Liga Satu Pusingan.




4.4.3
Format Pertandingan akan dimaklumkan kepada semua pasukan selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan.


4.5.
MATA PERLAWANAN




4.5.1
Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, 1 mata bagi Pasukan yang seri dan tiada mata bagi Pasukan yang kalah.




4.6.
PENENTUAN PASUKAN TERATAS ATAU PEMENANG




4.6.1
Dalam pertandingan liga atau peringkat kumpulan, penentuan Pasukan teratas atau pemenang mengikut susunan hirarki seperti berikut:-




i.
Pasukan yang mendapat mata keseluruhan yang tertinggi setelah tamat semua perlawanan peringkat kumpulan, dikira Pasukan teratas atau pemenang, jika seri ;




ii.
Pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan gol yang terbanyak adalah dikira Pasukan teratas atau pemenang, jika sama;




iii.
Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak adalah dikira Pasukan teratas atau pemenang, jika sama;




iv.
Hendaklah merujuk kepada keputusan peringkat kumpulan dan keputusan Pasukan yang menang mengikut hiraki berikut;




a
Pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak dikira Pasukan pemenang, jika sama,




b
Pasukan yang mendapat jumlah jaringan perbezaan gol terbanyak dikira Pemenang, jika seri,




c
Pasukan mendapat jumlah jaringan gol terbanyak dikira menang, jika seri




d
Diputuskan oleh Pengarah Pertandingan atau JKP yang mana keputusan tersebut adalah muktamad.




v.
Dalam menentukan pasukan pemenang bagi Perkara 4.6.1 (ii),dan (iii)  yang melibatkan jumlah pasukan yang tidak sama banyak dalam kumpulan maka, kaedah berikut akan di gunapakai:

a.
Jumlah mata, perbezaan gol, jumlah jaringan akan dibahagikan dengan jumlah perlawanan dalam kumpulan atau,




b.
Jika masih lagi tiada penyelesaian maka Pengarah Pertandingan dan JKP akan membuat keputusan yang mana ia adalah muktamad.




4.6.2
Dalam pertandingan kalah mati satu pusingan penentuan Pasukan pemenang adalah mengikut susunan hirarki berikut:-




i.
Pasukan yang menang dalam masa penuh permainan, jika seri;




ii.
Pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan FIFA.




4.7.
PENGGANTIAN PEMAIN


4.7.1
Hanya tiga (3) orang penggantian Pemain sahaja dan Pemain yang telah digantikan boleh kembali ke gelanggang sebagai pengganti Pemain lain.


4.8
LOGO / IKLAN PADA PAKAIAN.


4.8.1

Semua Pasukan hendaklah mematuhi syarat pemakaian Logo pada pakaian Pasukan seperti yang ditetapkan oleh JKPr.


4.8.2
Pasukan boleh mempamerkan sebarang jenama atau iklan dengan syarat tidak bercanggah dengan Peraturan Iklan, Galakan & Dagangan FAM.


4.9.
UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN


4.9.1
Jika sesuatu pertandingan memerlukan undian Pasukan ke dalam kumpulan-kumpulan atau undian Pasukan ke pusingan kedua, Suku Akhir dan Separuh Akhir hendaklah seperti yang diputuskan oleh JKP/PP dan ianya adalah muktamad.


4.9.2
JKP hendaklah menyemak Jadual Pertandingan dan hendaklah diedarkan kepada semua Pasukan yang mengambil bahagian sebelum bermulanya pertandingan.


4.9.3
Pasukan wajib mematuhi Jadual Pertandingan tersebut dengan sebaik-baiknya.


4.10.
WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN


4.10.1
Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam Jadual Pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan JKP atau Pengarah Pertandingan.




4.10.2
Jika waktu bermula sesuatu perlawanan atau sama dengan waktu kedengaran azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan selepas tamat azan tersebut. Jika permainan sedang dijalankan dan azan kedengaran, permainan hendaklah dihentikan dan disambung semula selepas azan tamat.


4.11.
BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI


4.11.1
Pada permulaan sesuatu perlawanan, setiap Pasukan mesti mempunyai lima (5) pemain termasuk seorang Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari 3 orang Pemain dari salah satu Pasukan turun ke padang apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka Pasukan yang mempunyai lima (5) orang Pemain yang berada di dalam gelanggang, hendaklah diberi kemenangan percuma dan jaringan 3-0 dan Pasukan yang mempunyai kurang daripada 3 orang Pemain akan dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan lanjut oleh Pengarah Pertandingan atau JKP mengikut Peraturan, Perkara 2, Perenggan 2.2.


4.11.2
Jika kedua-dua Pasukan yang telah hadir di gelanggang perlawanan tetapi tidak dapat menurunkan minimum 3 orang Pemain apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka JKP atau Pengarah Pertandingan akan membuat keputusan yang mana ia adalah muktamad. Pasukan boleh dikenakan tindakan lanjut mengikut Peraturan, Perkara 2, Perenggan 2.2


4.11.3
Jika permainan dihentikan, kerana salah satu Pasukan mempunyai kurang dari tiga (3) orang Pemain, maka JKP atau Pengarah Pertandingan akan membuat keputusan mengenai perlawanan tersebut. Pasukan tersebut boleh dikenakan tindakan lanjut  mengikut  Perkara 2, Perenggan 2.2


4.12.
GELANGGANG


12.1
Hanya gelanggang yang diperiksa dan diluluskan oleh PP/JKP sahaja dibenar untuk digunakan atau seperti yang diluluskan oleh PP/JKP.


4.13.
BOLA PERTANDINGAN



Bola pertandingan adakah mengikut Undang-Undang 2 Permainan Futsal seperti yang disiarkan oleh FIFA.



4.14.

PEGAWAI DAN PEMAIN DI BANGKU SIMPANAN


4.14.1
Maksimum dua (2) orang Pegawai dan tiga (3) orang Pemain simpanan dibenarkan duduk di bangku simpanan kecuali ditetapkan berlainan oleh JKP atau Pengarah Pertandingan.




4.14.2
Hanya seorang Pegawai sahaja yang boleh memberi arahan taktikal kepada Pemain dan selepas arahan tersebut pegawai berkenaan mestilah kembali ke Bangku Simpanan.


4.14.3
Warna pakaian Pegawai dan Pemain di Bangku Simpanan hendaklah berlainan daripada warna pakaian Pegawai Pertandingan dan Pemain-pemain yang berada di dalam padang.


4.14.4
Kelakuan Pegawai Pasukan di bangku simpanan hendaklah sentiasa bersopan dan bertanggungjawab.


4.14.5
Pegawai Pasukan dan Pemain di Bangku Simpanan dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara berikut:


i.
Memasuki gelanggang permainan tanpa kebenaran Pengadil.


ii.
Provakasi sama ada dengan perkataan atau perbuatan, mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau isyarat lucah kepada Pegawai Pasukan, Pemain, Pegawai Pertandingan, Pegawai dan pemain pasukan lain atau kepada sesiapa sahaja yang berada di gelanggang permainan.


iii.
Membantah atau sentiasa membantah keputusan Pengadil sama ada dengan perkataan, perbuatan atau niat yang boleh menimbulkan keresahan penonton.


iv.
Merokok dibangku simpanan atau dalam kawasan teknikal.


v.
Merosakan peralatan bangku simpanan atau melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan bangku simpanan dan kawasan teknikal.


vi.
Membaling atau melontar sebarang objek ke arah atau ke dalam gelanggang permainan atau dalam kawasan teknikal.


vii.
Memastikan Pemain yang sedang bermain dan juga pemain yang berada di bangku simpanan atau Pegawai Pasukan tidak minum air di dalam gelanggang.


4.16.
PENGELOLAAN


4.16.1
FAM telah meluluskan KFW 2011 sebagai pertandingan bertaraf sosial dan menetapkan bahawa JKP akan mengendalikan semua perkara bukan teknikal manakala segala perkata teknikal akan ditetapkan sepenuhnya oleh Pengarah Pertandingan.

4.16.2
Pengarah Pertandingan mempunyai bidang kuasa seperti berikut:-


i.
Mewakili dan mempunyai bidang kuasa FAM dan boleh membuat semua keputusan mengenai pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan.
ii.
Berkuasa membuat keputusan bagi kes-kes luar jangka sama ada seperti yang diperuntukan dalam Peraturan atau tidak serta termasuklah membuat tafsiran mengenai mana-mana Perkara di dalam atau di luar Peraturan.


iii.
Membuat keputusan mengenai tindakan tatatertib mengikut garis panduan seperti yang diperuntukan oleh Jawatankuasa Tatatertib, FAM.


iv.
Membuat sebarang keputusan berkaitan dengan “Organisasi Pengelolaan Pertandingan/ perlawanan”


v.
Memutuskan mengenai status atau kelayakkan pemain dalam pertandingan Futsal berkenaan mengikut Peraturan Persatuan.


vi.
Sebarang keputusan yang telah ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan mengenai pengelolaan sesuatu perlawanan adalah muktamad dan mestilah dipatuhi oleh Pasukan, Pegawai dan Pemain.


vii.
Pengarah Pertandingan termasuklah Penolong Pengarah Pertandingan yang mempunyai bidang kuasa yang sama Pengarah Pertandingan.


PERKARA 5: PASUKAN, PEGAWAI DAN PEMAIN.


5.1.
KELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN


5.1.1
Kelayakan pasukan – pasukan bagi menyertai kejohanan adalah seperti diputuskan oleh JKP.


5.2.
KELAYAKAN PEGAWAI


5.2.1
Semua Pasukan boleh mendaftar maksimum dua (2) orang Pegawai warganegara Malaysia sahaja, dan salah seorang mestilah Ketua Jurulatih.

5.2.2

Ketua Jurulatih hendaklah mempunyai lesen ‘C’ kejurulatihan bolasepak atau Futsal daripada FAM atau kelayakan yang disahkan oleh PP/JKP.


5.2.3
Semua Pegawai Pasukan wajib hadir taklimat pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh FAM/JKP, jika gagal Pegawai berkenaan tidak dibenarkan berada di bangku simpanan.


5.3.
PENDAFTARAN PEGAWAI


5.3.1

Pendaftaran Pegawai Pasukan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh JKP dan mesti dikemukakan dengan lengkap ke JKP pada masa dan tarikh yang ditetapkan serta mengemukakan sesalinan pendua Kad Pengenalan Pelbagai Kegunaan bagi semua Pegawai. (KPPK-Kad Pengenalan Baru).


5.3.2
Jika mengemukakan borang yang tidak lengkap, JKP boleh menolak permohanan borang pendaftaran tersebut dan Pasukan berkenaan akan dikenakan tindakan oleh JKP.


5.4.
KELAYAKAN PEMAIN


5.4.1
Hanya warganegara Malaysia (berumur 15 hingga 35 tahun) sahaja yang boleh didaftarkan sebagai Pemain untuk menyertai Pertandingan dengan syarat-syarat berikut:


i.
Pendaftaran pemain hendaklah hanya menggunakan borang-borang tertentu yang disediakan oleh JKP sahaja.


ii.
Borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada JKP pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.


iii.
Jika memerlukan lain-lain dokumen ia hendaklah daripada salinan asal.


iv.
Jika sebarang pembayaran perlu dibuat, ianya boleh di buat melalui Tunai / Bank Draf kepada JKP dengan jumlah seperti yang ditetapkan oleh JKP.


v.
Semua Pemain mesti mempunyai insurans Kemalangan Diri, Hospital dan Surgeri.


5.5.
PENDAFTARAN PERTANDINGAN.


5.5.1
Pendaftaran Pegawai dan Pemain dengan syarat-syarat berikut:


i
Pasukan boleh mendaftar maksimum dua (2) orang Pegawai yang mana salah seorang Pegawai tersebut hendaklah Ketua Jurulatih.


ii.
Mendaftar maksimum 8 orang pemain termasuk minimum dua (2) orang Penjaga. Penjaga Gol utama mesti didaftarkan pada jersi nombor satu (1).


ii.

Senarai Pendaftaran Pertandingan hendaklah dihantar ke Sekretariat Pertandingan pada hari Taklimat Pegawai-pegawai Pasukan seperti yang ditetapkan oleh JKP.


5.6.
TANGGUNGJAWAB PASUKAN DAN PEGAWAI.


5.6.1
Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mestilah bertanggungjawab dan memastikan :-


i.
Mematuhi semua Peraturan Persatuan yang berkaitan dengan KFW 2011.


ii.
Bersetuju menerima semua keputusan mengenai pengurusan pentadbiran dan pengelolaan KFW 2011 yang telah ditetapkan oleh JKP/Pengarah Pertandingan.


iii.
Mematuhi semua keputusan Pengadil dan lain-lain keputusan yang dibuat oleh lain-lain Pegawai Pertandingan serta menyelesaikan masalah atau rungutan mengenai pengelolaan KFW 2011 berasaskan semangat kesefahaman, kerjasama dan kesukanan yang tinggi serta berpandukan Peraturan Kejohanan.


iv.
Pengurus atau Ketua Jurulatih atau lain-lain Pegawai Pasukan mesti hadir mesyuarat, taklimat atau seminar yang diadakan sebelum Pertandingan iaitu pada masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan oleh JKP.


v.
Melaksana dan menegakkan prinsip ‘Fair Play’ sepanjang perlawanan Futsal.


vi.
Mengambil tindakan segera sebarang teguran, arahan oleh mana-mana Pegawai Perlawanan, atau Pekeliling yang dikeluarkan oleh JKP/FAM mengenai pengelolaan dan pengurusan Futsal.


viii.
Menerima semua kemudahan atau kelengkapan yang disediakan oleh pihak Penganjur.


ix.
Pasukan hendaklah memastikan semua pemain diberikan penerangan atau menguruskan majlis taklimat dan penerangan yang jelas dengan kerjasama JKP/FAM  mengenai penyertaan Pemain dalam Futsal terutama perkara-perkara berikut:


a.
Peraturan Pertandingan dan Undang-undang Permainan.


b.
Peraturan Perpindahan dan Status Pemain Tempatan.


c.
Peraturan Tatatertib dan Rayuan FAM.


d.
Peraturan Kawalan Dadah.


e.
Peraturan Fair Play.


f.
Pengelolaan Perlawanan dan Organisasi Teknikal Perlawanan.


g.

Pasukan memberi pengakuan bahawa tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada JKP/FAM Pegawai Pertandingan atau penaja bersabit dengan kemalangan, kecelakaan, kerosakan, kecurian iaitu pada masa sebelum, semasa dan selepas Pertandingan


5.7.
TANGGUNGJAWAB PEMAIN TEMPATAN


5.7.1
Pemain yang telah mengesahkan pendaftaran dalam Pertandingan ini, secara automatik memberi persetujuan untuk mewakili Pasukan Kebangsaan jika di pilih.

5.8.

WARNA, NOMBOR DAN IKLAN PADA PAKAIAN PASUKAN.


5.8.1
Warna Pasukan ialah:-


i.
Setiap Pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) set warna Pasukan yang berlainan warna, dan hendaklah dibawa setiap perlawanan KFW 2011 serta mestilah diluluskan oleh JKP sebelum bermulanya Pertandingan. Warna hendaklah dinyatakan semasa menyerahkan Senarai Pendaftaran Pertandingan.


ii.
Setiap Pasukan mesti mengisytiharkan warna Pasukan sebagai PTR iaitu Pasukan yang disebut dahulu dalam Jadual Pertandingan dan mesti memakainya di dalam perlawanan tersebut. Pasukan Pelawat mestilah memakai warna Pasukan yang berlainan dari warna Pasukan PTR.


iii.
Jika terdapat persamaan warna Pasukan, dengan syarat PTR memakai warna Pasukan yang disytiharkan sebagai Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat hendaklah menukar warna pasukan atau memakai bib seperti yang ditetapkan oleh Venue Koordinator atau Pengadil.


iv.
Lain-lain keputusan yang difikirkan patut oleh JKP atau Pengarah Pertandingan.
v.
Jersi hendaklah mempunyai lengan baju.


5.8.2
Nombor jersi dan seluar :-


i.
Nombor di belakang jersi hendaklah tingginya tidak kurang dari 10 inci, manakala nombor di sebelah kanan seluar ialah 2 inci tinggi dan mestilah sama dengan nombor yang didaftarkan di dalam senarai pendaftaran Pemain.


ii
Nombor jersi mestilah daripada nombor 1 hingga 15 sahaja dan tidak boleh ditukar sehingga tamat pertandingan.


iii
Penjaga Gol utama hendaklah didaftarkan pada jersi nombor 1.


5.9
PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN.

TARIK DIRI, GAGAL BERMAIN, PENALTI KERANA GAGAL BERMAIN DAN PENGGANTIAN PASUKAN


5.9.1
Sekiranya Pengadil berpendapat bahawa perlawanan tidak boleh dimainkan atau dihentikan kerana sebab-sebab luar jangka atau bencana atau dihentikan oleh Pengadil maka perlawanan tersebut akan diputuskan oleh JKP atau Pengarah Pertandingan yang mana keputusannya adalah muktamad.


5.9.2
Sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan dan tidak disambung semula permainan oleh Pengadil kerana berpunca dari tingkah laku penonton,  Pegawai atau Pemain satu Pasukan yang tidak memuaskan seperti yang dilaporkan oleh Pegawai Perlawanan atau pada pendapat Pengadil tiada terjamin keselamatan atau kejadian yang berlaku tidak dapat lagi dikawal atau diluar bidang kuasa Pengadil, atau keengganan Pasukan tidak mahu meneruskan permainan maka Pengarah Pertandingan hendaklah mengambil tindakan atau tindakan-tindakan berikut :


i.
Pasukan yang lagi satu dikira menang dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga(3) mata.


ii.
Pasukan yang menyebabkan perlawanan dihentikan dan tidak disambung semula dikenakan tindakan-tindakan berikut :


a.
Terkeluar daripada pertandingan.


b.
Lain-lain tindakan yang dikira perlu dan patut oleh JKP/PP.


5.9.3

Jika sekiranya perlawanan dihentikan atau tidak dimainkan dengan apa jua sebab sekalipun termasuklah memberi kemenangan percuma, maka Pasukan tersebut di kira terkeluar daripada Pertandingan dan dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan lanjut seperti berikut:


i.
Terkeluar daripada pertandingan..


ii.
Lain-lain tindakan yang difikirkan perlu dan patut oleh JKP/PP.


5.9.4
Mana-mana Pasukan yang gagal, menamatkan perlawanan, tanpa mendapat persetujuan JKP, maka Pasukan tersebut telah dikira menarik diri dan  terkeluar dari Pertandingan serta semua perlawanan terdahulu tidak dikira dan dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan lanjut mengikut Perkara 2.2.2.


PERKARA 6 : PENTADBIRAN


6.1.
KAWALAN KESELAMATAN, KELAKUAN PEGAWAI, PEMAIN DAN PENONTON


6.1.1
JKP hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan dan menyediakan anggota keselamatan yang mencukupi bagi semua perlawanan dalam KFW 2011 di venue yang ditetapkan kecuali dalam perlawanan akhir.


6.1.2
PTR dan PL hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas :-


i.
Kelakuan baik para Pegawai, Pemain dan penonton sesuatu pasukan.


ii.
Mengambil langkah-langkah keselamatan dan mematuhi sepenuhnya Peraturan Keselamatan FAM.


iii.
Kedua-dua Pasukan hendaklah memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


iv.
PTR dan PL mestilah mematuhi arahan-arahan semasa JKP dan lain-lain Jawatankuasa yang berkaitan mengenai kawalan keselamatan ini.


6.2.
TINDAKAN TATATERTIB


6.2.1
Tindakan tatatertib yang dikenakan adalah seperti yang telah digariskan di dalam Peraturan Tatatertib FAM atau yang ditetapkan oleh PP.


6.2.2
Pemain yang menjalani hukuman penggantungan automatik, mesti melaksanakan hukuman pada perlawanan berikutnya iaitu selepas perlawanan yang ia menerima hukuman.


6.2.3
Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning di dalam perlawanan yang berlainan di peringkat liga atau Peringkat Kumpulan akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya di mana Pasukannya bermain.


6.2.4
Kad Kuning akan tamat pada perlawanan terakhir Peringkat Kumpulan. Jika Pemain mendapat Kad Kuning kedua dalam perlawanan terakhir peringkat liga atau kumpulan, maka Pemain tersebut akan digantung automatik satu perlawanan di pusingan berikutnya, jika Pasukannya layak.


6.2.5
Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning di dalam perlawanan yang berlainan di peringkat Kalah Mati akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya di mana Pasukannya bermain.


6.2.6
Pemain yang mendapat satu (1) Kad Merah kerana kesalahan menerima dua (2) Kad Kuning dalam satu perlawanan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya di mana Pasukannya bermain.


6.2.7
Pemain yang mendapat satu (1) Kad Merah dalam satu (1) perlawanan digantung automatik dua (2) perlawanan berikutnya di mana pasukannya bermain samada di peringkat Liga atau Kalah Mati.


6.2.8
Pasukan mestilah menyimpan rekod tatatertib Pasukan berdasarkan borang tertentu yang diserahkan oleh Pegawai Pertandingan sebaik-baik sahaja tamat perlawanan.


6.2.9
Mana-mana Pemain atau Pemain-Pemain yang mengingkari Peraturan, Perkara 6.2 Perenggan 6.2.1 hingga 6.2.10 akan dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan mengikut Perkara 2 Perenggan 2.2.


6.2.10
Mana-mana Pegawai atau Pemain Pasukan yang menyerang Pegawai dan Pemain Pasukan yang satu lagi atau menyerang Pegawai Pertandingan atau menyerang sesiapa sahaja yang berada di gelanggang permainan, maka Pasukan, Pegawai dan Pemain berkenaan di kenakan tindakan-tindakn berikut:


i
Pasukan, Pegawai dan Pemain adalah terkeluar daripada Pertandingan.


6.2.11
Mana-mana Pegawai, Pemain atau penonton-penonton sesuatu Pasukan  yang dilaporkan oleh Pegawai Perlawanan  kerana berkelakuan tidak bersopan, tidak bertertib atau berkelakuan ganas sama ada  di gelanggang, di padang latihan, di luar padang atau di bilik persalinan atau penonton-penonton, Pemain-Pemain simpanan atau Pegawai yang masuk ke dalam padang tanpa kebenaran Pengadil atau merosakkan harta awam akan dikenakan tindakan-tindakan seperti Perkara 6.2.12.


6.3.
BANTAHAN


6.3.1
Bantahan terhadap kelayakan Pemain atau lain-lain bantahan hendaklah dihantar secara bertulis dan diterima oleh JKP, Pengarah Pertandingan dalam tempoh 30 minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan, dan bantahan tersebut hendaklah disertai dengan wang tunai berjumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) yang tidak dikembalikan samada bantahan diterima atau tidak.


6.3.2
Bantahan tidak boleh dibuat terhadap sebarang keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang telah diputuskan oleh Pengadil di gelanggang perlawanan.


6.4.
FAIR PLAY


6.4.1
Pada setiap perlawanan Futsal Fair Play hendaklah sentiasa diberi keutamaan, bermula daripada perarakan masuk bendera Fair Play FIFA.


6.4.2
Setiap Pasukan akan dinilai tahap Fair Play oleh VK melalui borang khas yang dikeluarkan oleh FAM.


6.5.
LAPORAN PEGAWAI  PERLAWANAN


6.5.1
Borang start list perlawanan hendaklah disemak oleh Venue Koordinator dan setelah disahkan oleh Pengarah Pertandingan atau Penolong Pengarah Pertandingan hendaklah disimpan untuk rekod atau rujukan oleh Sekretariat.


6.5.2
Laporan insiden hendaklah menggunakan borang khas yang disediakan oleh FAM dan mestilah dibincangkan serta merta sebaik-baik sahaja perlawanan tamat dengan Pengarah Pertandingan, Penolong Pengarah Pertandingan, Venue Koordinator dan juga Pegawai Pasukan berkenaan. Pengarah Pertandingan akan membuat keputusan mengenai insiden tersebut dan mestilah dimaklumkan kepada Pegawai Pasukan yang terlibat.


6.6.
ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN (OTP)


6.6.1

Semua Pasukan, Pegawai dan Pemain-Pemain mesti mematuhi sepenuhnya “OTP” dan termasuklah “Countdown to kick off” seperti lampiran yang dikeluarkan oleh FAM bagi melicinkan pengurusan perlawanan Futsal dari masa ke semasa.


6.6.2
Mana-mana Pasukan, Pegawai atau Pemain yang gagal mematuhi OTP ini akan dikenakan tindakan oleh JKP.


6.7.
KENYATAAN AKHBAR


6.7.1
Semua Pasukan termasuk Pegawai dan Pemain tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar dengan apa jua tujuan sekalipun mengenai pengurusan dan pengelolaan Futsal kecuali dengan kebenaran FAM. Jawatankuasa Tatatertib FAM akan mengambil tindakan tegas jika didapati mana-mana Pasukan, Pegawai atau Pemain yang mengingkari Peraturan ini.


6.7.2
Jika terdapat sebarang masalah, kekeliruan atau pun perselisihan faham, pihak yang terlibat mestilah dengan secara rasmi memaklumkan kepada FAM  untuk tindakan lanjut atau menggunakan lain-lain prosedur yang ditetapkan oleh FAM.


6.7.3
Kenyataan akhbar termasuklah :-


i.
Memanggil sidang akhbar khas.


ii.
Memberi kenyataan secara lisan atau bertulis kepada media cetak atau elektronik.


iii.
Sedar akan kehadiran pihak media  semasa membuat kenyataan.


iv.
Terdapat dengan jelas nama Pegawai atau Pemain atau jawatan yang secara khusus di dalam media cetak atau elektronik.


6.8
KAWALAN DOPING


6.8.1
Setiap Pemain yang menyertai Futsal mesti mematuhi prosedur doping yang telah ditetapkan dan disiarkan oleh FIFA / IOC / FAM .


6.8.2
FAM berhak mengadakan ujian doping pada hari perlawanan atau sebelum perlawanan atau pada masa Pasukan mengadakan latihan sehari sebelum perlawanan.


6.8.3
Semua Pemain termasuk Pemain simpanan, boleh diarahkan mengambil ujian doping. Mana-mana Pemain yang ingkar apabila diarahkan berbuat demikian atau didapati ujian positif akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan lanjut.


6.9
PASUKAN PERUBATAN


6.9.1
JKP hendaklah menyediakan pasukan perubatan dan ambulan seperti yang ditetapkan oleh PP.


PERKARA 7 : KEWANGAN


7.1.
Hadiah Wang Tunai.


7.1.1
Pengelola menyediakan hadiah Wang Tunai bagi setiap Pemenang yang ditetapkan oleh JKP.


7.2
Piala / Medal.


7.2.1
Pengelola menyediakan Piala dan Medal bagi Johan pertandingan dan medal bagi pasukan Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat.


8
PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN


8.1
PENGARAH PERTANDINGAN, PENOLONG PENGARAH PERTANDINGAN, PENILAI PENGADIL, PENGADIL, PENGADIL KEDUA, PENGADIL KETIGA, PENJAGA MASA DAN VENUE KOORDINATNOR.


8.1.1
JKP/FAM akan melantik Pegawai Pertandingan mengikut keperluan Pertandingan dan jumlah gelanggang.


8.1.2
Pihak Penganjur hendaklah menanggung elaun tugasan dan elaun sara hidup Pegawai Perlawanan seperti yang ditetapkan oleh FAM.


9.
HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN.



Semua hal yang tidak diperuntukan dibawah Peraturan ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan Peraturan ini atau semua perkara-perkara di luar jangka atau mengenai perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh JKP atau Pengarah Pertandingan yang mana keputusannya adalah muktamad


  
Termaktub di FAM pada 21.04.2011
Mesyuarat JKF & BSP Kali Ke-5.